Dan setengah daripada tanda-tanda kebesaran-Nya bahawa Dia ciptakan untuk kamu daripada dirimu sendiri akan isteri-isteri, agar tenteramlah kamu kepadanya. Dan Dia jadikan di antara kamu cinta dan kasih sayang.Sesungguhnya pada yang demikian adalah tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.
(Ar-Rum: 21)
Siti Khadijah adalah puteri Khuwailid bin As’ad bin Abdul Uzza bin Qushai bin Kilab al-Qurasyiyah al-Asadiyah. Siti Khadijah dilahirkan di rumah yang mulia dan terhormat, pada tahun 68 sebelum hijrah. Khadijah tumbuh dalam lingkungan yang keluarga yang mulia, sehingga akhirnya setelah dewasa beliau menjadi wanita yang cerdas, teguh, dan berperangai luhur. Oleh itu, banyak lelaki dari kaumnya yang menaruh simpati kepadanya. Syeikh Muhammad Husain Salamah menjelaskan bahawa Siti Khadijah, nasab dari jalur ayahnya bertemu dengan nasab Rasulullah pada kakeknya yang bernama Qushay. Dia menempati urutan kakek keempat bagi dirinya.Pada tahun 575 Masihi, Siti Khadijah ditinggalkan ibunya.
Sepuluh tahun kemudian ayahnya, Khuwailid, menyusul. Sepeninggal kedua orang tuanya, Khadijah dan saudara-saudaranya mewarisi kekayaannya. Kekayaan warisan menyimpan bahaya. Ia bisa menjadikan seseorang lebih senang tinggal di rumah dan hidup berfoya-foya. Bahaya ini sangat disadari Khadijah. Beliau memutuskan untuk tidak menjadikan dirinya pengangguran. Kecerdasan dan kekuatan sikap yang dimiliki beliau mampu mengatasi godaan harta. Khadijah mengambil alih bisnes keluarga.Pada mulanya, Siti Khadijah menikah dengan Abu Halah bin Zurarah at-Tamimi.
Pernikahan itu membuahkan dua orang anak yang bernama Halah dan Hindun. Tidak lama kemudian suamianya meninggal dunia, dengan meninggalkan kekayaan yang banyak, juga jaringan perniagaan yang luas dan berkembang. Lalu Siti Khadijah menikah lagi untuk yang kedua dengan Atiq bin ‘A’id bin Abdullah al-Makhzumi. Setelah pernikahan itu berjalan beberapa waktu, akhirnya suami keduanya pun meninggal dunia, yang juga meninggalkan harta dan perniagaan.
Dengan demikian, saat itu Siti Khadijah menjadi wanita terkaya di kalangan bangsa Quraisy. Kerana, banyak pemuka dan bangsawan bangsa Quraisy yang melamarnya, mereka ingin menjadikan dirinya sebagai isteri. Namun, Siti Khadijah menolak lamaran mereka dengan alasan bahawa perhatian Khadijah saat itu sedang menuju hanya untuk mendidik anak-anaknya. Beliau juga dimungkinkan merupakan saudagar kaya raya dan disegani sehingga sangat sibuk mengurus perniagaan.
Siti Khadijah mempunyai saudara sepupu yang bernama Waraqah bin Naufal. Beliau termasuk salah satu daripada hanif di Mekkah. Beliau adalah sanak keluarga Khadijah yang tertua. Ia mengutuk bangsa Arab yang menyembah patung dan melakukan penyimpangan daripada kepercayaan nenek moyang mereka (Nabi Ibrahim dan Ismail).Para sejawatnya mengakui keberhasilan Siti Khadijah, ketika itu mereka memanggilnya “Ratu Quraisy” dan “Ratu Mekah”. Ia juga disebut sebagai at-Thahirah, iaitu “yang bersih dan suci”.
Nama at-Thahirah itu diberikan oleh sesama bangsa Arab yang juga terkenal dengan kesombongan, keangkuhan, dan kebanggaannya sebagai lelaki. Kerananya perilaku Khadijah benar-benar patut diteladani hingga ia menjadi terkenal di kalangan mereka. Pertama kali dalam sejarah bangsa Arab, seorang wanita diberi panggilan Ratu Mekkah dan juga dipanggil at-Thahirah. Orang-orang memanggil Khadijah dengan Ratu Mekah kerana kekayaannya dan menyebut Khadijah dengan reputasinya yang tanpa cacat.
Suatu ketika, Muhammad berkerja mengelola barang dagangan milik Siti Khadijah untuk dijual ke Syam bersama Maisyarah. Setibanya dari berdagang Maysarah menceritakan mengenai perjalanannya, mengenai keuntungan-keuntungannya, dan juga mengenai watak dan keperibadian Muhammad. Setelah mendengar dan melihat perangai manis, pekerti yang luhur, kejujuran, dan kemampuan yang dimiliki Muhammad, kian hari Khadijah semakin mengagumi sifat Muhammad.
Selain kekaguman, muncul juga perasaan-perasaan cinta Khadijah kepada Muhammad.Tibalah hari suci itu. Maka dengan maskawin 20 ekor unta muda, Muhammad dinikahkan dengan Siti Khadijah pada tahun 595 Masihi. Pernikahan itu berlangsung diwalikan oleh paman Khadijah, ‘Amr bin Asad. Sedangkan dari pihak keluarga Muhammad diwakili oleh Abu Thalib dan Hamzah.
Ketika menikah, Muhammad berusia 25 tahun, sedangkan Siti Khadijah berusia 40 tahun. Bagi keduanya, perbezaan usia yang terpaut cukup jauh dan harta kekayaan yang tidak sepadan di antara mereka, tidaklah menjadi masalah, kerana mereka menikah dilandasi oleh cinta yang tulus, serta pengabdian kepada Allah. Apabila melalui pernikahan itu, Allah SWT telah memberikan keberkatan dan kemuliaan kepada mereka.Setelah pernikahan itu, Allah SWT menganugerahi mereka dengan beberapa orang anak, daripada rahim Siti Khadijah dan lahirlah enam orang anak keturunan Muhammad.
Anak-anaknya terdiri daripada dua orang lelaki dan empat orang perempuan. Anak lelaki mereka, Al-Qasim dan Abdullah at-Tahir at-Tayyib meninggal saat bayi. Kemudian, empat anak perempuannya adalah Zainab, Ruqayyah, Ummi Kalsum, dan Fatimah az-Zahra. Siti Khadijah mengasuh dan membimbing anak-anaknya dengan bijaksana, lemah lembut, dan penuh kasih sayang, sehingga mereka setia dan hormat sekali kepada ibunya.
Setelah berakhirnya pemboikotan kaum Quraisy terhadap kaum muslim, Siti Khadijah sakit kronik akibat beberapa tahun menderita kelaparan dan kehausan. Semakin hari kondisi kesihatan badannya semakin memburuk. Dalam sakit yang tidak terlalu lama, dalam usia 60 tahun, wafatlah seorang mujahidah suci yang sabar dan teguh imannya, Sayyidah Siti Khadijah al-Kubra binti Khuwailid.
Siti Khadijah wafat dalam usia 65 tahun pada tanggal 10 Ramadhan tahun ke-10 kenabian, atau tiga tahun sebelum hijrah ke Madinah atau 619 Masehi. Ketia itu, usia Rasulullah sekitar 50 tahun. Beliau dimakamkan di dataran tinggi Mekah, yang dikenal dengan sebutan al-Hajun.Kerana itu, peristiwa wafatnya Siti Khadijah sangat menusuk jiwa Rasulullah. Alangkah sedih dan pedihnya perasaan Rasulullah ketika itu. Dua orang yang dicintainya (Khadijah dan Abu Thalib) telah wafat, maka tahun itu disebut sebagai ‘Aamul Huzni (tahun kesedihan) dalam kehidupan Rassullulah.