28 Oct 2011

38) BERMEGAH-MEGAH DENGAN MASJID.



Dari Anas bin Malik R.A bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Tidak berlaku (terjadi) hari kiamat sehingga umat ku bermegah-megah (dengan binaan) masjid".


(H.R Abu Daud)


Keterangan:

Di antara tanda hampirnya hari kiamat, adalah umat Islam berbangga dan bermegah-megah dengan masjid yang mereka bina. Masing-masing negara berbangga dan merasa megah dengan bangunan masjid. Perhatian mereka hanya kepada keindahan masjid sahaja, tidak kepada pengisian masjid dengan ibadat dan solat berjamaah. Banyak masjid-masjid yang indah, besar dan cantik, tetapi yang datang bersembahyang di dalamnya hanya segelintir manusia sahaja.

No comments:

Post a Comment