Daripada Salamah binti al-Hurr R.A berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda; "Lagi akan datang suatu zaman, orang ramai berdiri tegak beberapa masa. Mereka tidak dapat memulakan sembahyang berjamaah kerana tidak mendapatkan orang yang boleh menjadi imam".
(H.R. Ibnu Majah)
Keterangan:
Walaupun secara pastinya pada hari ini kita belum lagi sampai ke peringkat apa-apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW, namun masyarakat kita sekarang ini sudah menghala ke sana. Banyak kampung-karnpung yang tidak mempunyai Tok Imam yang benar-benar mampu melaksanakan peranan Imam yang sebenar. Kelihatannya, masyarakat kita kekurangan kepada ilmu-ilmu syariat. Mereka yang berilmu pula ramai yang tidak menghadiri sembahyang berjemaah, maka tinggallah orang-orang yang jahil. Maka apabila hal ini berpanjangan, pasti pada suatu hari nanti akan sampai juga ke peringkat keadaan yang telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW tadi.
No comments:
Post a Comment